.jpg)
Mesti ramai terpikir, kenapa aunty chot? Haha, pelik sungguh ye nama itu. Lagi pun, Namaku tak de la sepelik tu. Nur Arissa Taib. Takde pun bunyi Chot. Nak tau ceritanya? macam ni....
Gambar Alya yang comel >>>>
Aku baru pulang dari sekolah dan mendapati bahawa Mamacik tersayang aku telah datang. Dibawanya sekali dengan anak2 buah kesayangan aku tu. Alya, Azrin dan Awin. Diaorang pun, apa lagi, lanyak la aku lepas salin baju sekolah. Diaorang semua ni sebenarnya suka nak tengok kartun dekat youtube, jadi terpaksalah aku membuka youtube untuk mereka tonton. Aku pun, join sekali la. Kami tengok cerita Screaming Corn Cobs. Jagung yang menjerit2 sebab tengok TV orang makan bertih jagung. Haha. Eh, tukar topik pulak ye.
Jadi, lepas je habis tengok youtube, kitaorang main game. Maklumlah, kanak2. Haha. Masa aku tengah kusyuk main game dengan Azrin, Anak buah aku yang paling tua, Tiba2 Alya menjerit, "Cepat Aunty Chot! Cepat!" Aku pun tergamam. Dalam hati, aku berkata, bila masa aku Aunty Chot? Aku ketawa terbahak2 lalu kalah la dalam game tu. Aunty Chot dia panggil aku? Haha. Dapat nama baru lagi....